Friday, March 20, 2009

:: amin fahmiku sayang.. ::

today is his 100th day of passing.

semoga Allah sentiasa memelihara anak mommy, amin di alam barzakh. semoga Allah mempertemukan kembali mommy, daddy, afiq and adib dengan amin di syurga.

mommy telah lama redha dengan pemergian amin. kerana telah ditentukan oleh Allah, itulah yang terbaik untuk amin. memang semasa mengandung, itulah yang mommy doakan. berikan yang terbaik..... dan yang terbaik untuk amin - kembali kepada Pencipta kita.

alhamdulillah, pusara amin dah pun daddy sempurnakan. walaupun itu semua lahiriah semata², tapi itulah tanda kasih mommy and daddy kepada amin selain kiriman fatihah, yassin, tahlil dan kunjungan ke pusara amin setiap minggu selagi mampu.

alfatihah buat amin sayang. semoga bertemu lagi kita di syurga. semoga amin menjadi pemberat kepada amalan mommy dan daddy di hari hisab kelak. amin!

4 comments:

:: kay dora :: said...

salam sha... kay sedih dgn entry sha yg ni dan tak mampu menahan linangan air mata... kay tak dapat bayangkan kalau kay berada di tempat sha. apa yang kay harapkan, juga kay doakan agar sha dan family tabah dan sabar mengharungi semua ni. dan sekiranya ditentukan olehNya yang kay juga akan melalui semua ni suatu hari nanti, dengan izinNya, kay redha...

aishah zaharin said...

thanx kay.

Muslimah Perth said...

100 days.. how time flies. But can time heal the pain? not quite. you're one tough mommy sha. hope you are coping well dear, take care.

aishah zaharin said...

insya Allah, with Allah's will, i'll be coping well. thanx for the prayers and sweet thoughts.